Bahasa Melayu & Linguistik
Penyumbang Akademik
Hjh Mardina Hj Mahadi (Programme Leader)
Hjh Aini Hj Karim (Coordinator)
Ak Hj Ashrol Rahimy Pg Hj Damit
Exzayrani Sulaiman
Hjh Dyg Fatimah Hj Awg Chuchu
Siti Badriyah Hj Mohd Yusof
Siti Ifwah Fauzani Hj Chuchu
Yabit Alas
Degrees Offered
- Sarjana Muda Sastera (Bahasa Melayu dan Linguistik)
- Sarjana Secara Penyelidikan (Bahasa Melayu dan Linguistik)
- Doktor Falsafah (Bahasa Melayu dan Linguistik)
Rasional
Bahasa Melayu dan Linguistik sebagai satu program Universiti Brunei Darussalam (UBD) bertujuan untuk mendidik Generasi Mendatang (Generation Next) dan meningkatkan ilmu pengetahuan mereka melalui kajian bahasa Melayu secara saintifik. Program ini menawarkan kursus-kursus linguistik kepada mahasiswa untuk menjadi pakar bahasa, terutamanya dalam bidang linguistik Melayu. Pendidikan dalam bahasa Melayu adalah perlu bagi tuntutan semasa dan akan datang untuk kemajuan Negara Brunei Darussalam di peringkat antarabangsa.
Program Bahasa Melayu dan Linguistik yang pernah dikenali dengan nama Jabatan Bahasa Melayu dan Linguistik telah lama bekerjasama dengan Kementerian Pendidikan, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Radio dan Televisyen Brunei (RTB). Mulai sesi 2009/2010, nama Jabatan telah ditukar menjadi Program, sesuai dengan hasrat dan wawasan UBD. Ahli-ahli Program semakin mempergiatkan kegiatan akademiknya di peringkat nasional dan juga antarabangsa selaras dengan matlamatnya sebagai pusat rujukan dalam kajian bahasa Melayu, bahasa-bahasa Austronesia khususnya di Borneo, dan linguistik secara am.
Program Bahasa Melayu dan Linguistik yang pernah dikenali dengan nama Jabatan Bahasa Melayu dan Linguistik telah lama bekerjasama dengan Kementerian Pendidikan, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Radio dan Televisyen Brunei (RTB). Mulai sesi 2009/2010, nama Jabatan telah ditukar menjadi Program, sesuai dengan hasrat dan wawasan UBD. Ahli-ahli Program semakin mempergiatkan kegiatan akademiknya di peringkat nasional dan juga antarabangsa selaras dengan matlamatnya sebagai pusat rujukan dalam kajian bahasa Melayu, bahasa-bahasa Austronesia khususnya di Borneo, dan linguistik secara am.
Program Bahasa Melayu dan Linguistik membantu anggota masyarakat negara ini dalam menyebarluaskan penggunaan bahasa Melayu bagi tujuan ilmu pengetahuan supaya Generasi Mendatang dapat menghayati konsep Perlembagaan Negara Brunei Darussalam dan Melayu Islam Beraja (MIB), yang antaranya berintipatikan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara dan bahasa perpaduan masyarakat berbilang kaum.
Kini bahasa Melayu diakui sebagai bahasa ilmu di peringkat antarabangsa dan dipelajari oleh bangsa-bangsa lain di peringkat pengajian tinggi di luar rantau Melayu termasuk kebanyakan negara di dunia Eropah termasuk Belanda, German dan Rusia. Dari aspek pemasaran siswazah, peluang pekerjaan bagi lepasan program ini amat membanggakan. Hampir 95% lepasan Ijazah Sarjana Muda dalam Bahasa Melayu dan Linguistik memiliki jawatan tetap sama ada di sektor kerajaan atau swasta, malah di luar negara manakala Sebahagiannya lagi melanjutkan pengajian di peringkat Sijil atau Ijazah Sarjana.
Pakar Bahasa Melayu dan Linguistik yang mampu:
- menguasai bahasa Melayu dengan baik,
- memahami dan menganalisis persoalan bahasa secara saintifik,
- mengembangkan ilmu linguistik melalui pendidikan bahasa Melayu.
- memberi sumbangan bagi peningkatan ilmu sains melalui kajian bahasa
Program Bahasa Melayu dan Linguistik menawarkan kursus-kursus untuk:
- meningkatkan kemahiran menganalisis persoalan bahasa secara saintifik,
- mendidik bakal guru dan pengkaji bahasa Melayu di dalam dan luar negara,
- mengendalikan penyelidikan bahasa, bekerja sama dengan pakar-pakar bertaraf antarabangsa.
Program Bahasa Melayu dan Linguistik, di bawah Fakulti Sastera dan Sains Sosial menyediakan Modul Pengkhususan (major module) dan Modul Umum (breadth module) bagi mencapai matlamat dan tujuan tersebut.