Programmes

 

Majors

 

Breadth Module

lang

Penyumbang/Tenaga Akademik

Degrees Offered

Programme Description

Program Kesusasteraan Melayu menawarkan modul-modul yang ada berhubungkait dengan pelbagai disiplin ilmu-ilmu lain seperti bahasa, sosiologi, psikologi, filosofi, sejarah, agama, musik, pendidikan, seni persembahan dan sebagainya sesuai dengan era Revolusi Industri 4.0 sekarang. Mengikuti major dalam Kesusasteraan Melayu akan dapat memperkaya dan meluaskan pengetahuan tentang genre kesusasteraan, menyumbangkan pemikiran dan pandangan daripada pelbagai sudut kemanusiaan secara kritis dan dapat mempelajari pencapaian tamadun sesuatu bangsa dan zamannya. Malah apabila ditambah dengan beberapa modul minor yang bersangkutan, akan membolehkan mahasiswa/i menjadi seorang ilmuwan yang serba boleh, yang dapat memberikan sumbangan sebagai pelengkap atau menyeimbangi keperluan sumber tenaga manusia yang umumnya berpaksi kepada sains dan teknologi.

Programme Highlights

Modul-modul yang ditawarkan di bawah Program Kesusasteraan Melayu memperkenalkan mahasiswa/i pelbagai pemikiran kreatif dan kritis, stail dan metodologi yang akan meluaskan kefahaman mahasiswa/i tentang genre sastera sebagai satu karya kreatif. Disamping itu, menambahbaik kemahiran mahasiswa/i dalam bidang analisis dan penyelidikan, membantu bagaimana proses kreatif berlaku dan menggunakan pelbagai teknik berfikir secara teori dan praktikal dan berupaya mengaplikasikan kemahiran-kemahiran untuk menganalisis isu-isu berkaitan dengan sastera dan hal ehwal semasa. Kaedah pembelajaran dilakukan secara interaktif, amali, pelaksanaan projek, pembentangan dan juga berbentuk seni persembahan / pertunjukan. Pendedahan ilmu sastera sebagai ilmu kemanusiaan dalam mengkaji manusia dan ciptaan budayanya (sosiologi), meneroka interaksi di antara budaya dengan bahasa (linguistik), tindak balas manusia terhadap alam sekitar kehidupan (geografi) dan aktiviti manusia dalam ruang waktu lampau (sejarah) akan dikaji, disamping melihat bagaimana pelbagai disiplin ilmu-ilmu ini saling berkaitan antara satu dengan yang lain dalam ruang lingkup kesusasteraan. Kesemua modul yang ditawarkan bermatlamat untuk menghasilkan mahasiswa/i agar bersedia untuk menghadapi kehidupan dan alam pekerjaan yang menepati kehendak profesion program.

Careers

Graduan major dalam Kesusasteraan Melayu akan menjadi seorang pemikir, pengkritik dan pengkarya seni, penyelidik dan budayaan. Dengan keterampilan graduan yang sedemikian, membolehkan mereka menjawat sebarang jawatan yang berhubungkait dengan bahasa, budaya, sejarah, pendidikan, kesenian, jurnalis, kemasyarakatan, media, rekabentuk dan dalam bidang pengurusan.

Single Major

In order to graduate with a Single Major in Kesusasteraan Melayu, a student will need to have successfully completed a minimum of 72 Modular Credits within 4 to 6 years.

Please take note: The Kesusasteraan Melayu Major recently went through some revisions. As such, all students enrolled from August 2021 onwards will be under the revised programme. Please use the tabs below to see the core and option modules for the relevant intake.