Majors for August 2016 Intake

 

Majors for Pre-August-2016 Intakes

Kesusasteraan Melayu

Penyumbang/Tenaga Akademik

Hjh Mardina Hj Mahadi (Programme Leader)
Hj Ramlee Tinkong (Coordinator)
Ampuan Hj Brahim Ampuan Hj Tengah
Ena Herni Wasli
Maslin Bin Haji Jukin/Jukim
Mohd Zefri Ariff Mohd Zain Ariff

Huraian

Kesusasteraan Melayu adalah satu disiplin yang menarik kerana bahan utama kajiannya adalah karya sastera yang isinya berupa cerita dan kajiannya semi objektif, melibatkan rasa dan kemanusian yang umumnya bersifat subjektif. Hal ini menjadikan Kesusasteraan Melayu satu-satunya dispilin yang menghubungkan (keterlibatan) rasa dan kemanusian kerana di dalam karya sastera ada pemikiran, harapan, impian, keluhan, keperibadian dan hatibudi pencipta dan lingkungannya.

Pembelajaran Kesusasteraan Melayu adalah kajian mengenai manusia dan kehidupan dalam karya, pencipta dan lingkungannya, yang menjadikan disiplin ini mempunyai pertalian yang rapat dengan disiplin daripada ilmu-ilmu lain seperti bahasa, sosiologi, psikologi, filosofi, sejarah, agama, musik, pendidikan, dan sebagainya. Mengikuti major dalam kesusasteraan Melayu, akan dapat mengembangkan rasa sensitiviti kemanusian, meningkatkan kesedaran moral, menyumbangkan pemikiran dan pandangan daripada sudut kemanusian dan kesenian dalam kehidupan bermasyarakat secara kritis, menimbulkan dan mengembangkan pontensi bakat kreativitinya dalam penulisan, dan dapat mempelajari pencapaian tamaddun sesuatu bangsa kerana tamaddun manusia dibangunkan oleh pemikir-pemikir sasterawan yang mewakili berbagai zaman, serta ketinggian sesuatu bangsa dinilai antaranya melalui karya seninya, dan karya sastera adalah salah satu daripada karya seni tersebut. 

Graduan major dalam Kesusasteraan Melayu akan menjadi seorang pemikir, pengkirik dan pengkarya seni, penyelidik dan budayaan. Dengan keterampilan graduan yang sedemikian, membolehkan mereka menjawat sebarang jawatan yang berhubungkait dengan bahasa, budaya, sejarah, pendidikan dan kemasyarakatan, malah apabila ditambah dengan beberapa modul minor yang bersangkutan, akan memolehkan graduan tersebut menjadi seorang ilmuan yang serba boleh, yang dapat memberikan sumbangan sebagai pelengkap atau menyaimbangi keperluan sumber tenaga manusia yang umumnya berpaksi kepada sains dan teknologi.

Objektif

Program Kesusasteraan Melayu mempunyai beberapa objektif seperti berikut:

  1. Memberikan pengetahuan tentang sastera sebagai satu disiplin ilmu termasuk, sejarah sastera, kritikan sastera, teori sastera, apresasi sastera, sastera bandingan, filologi dan proses penciptaan karya sastera.
  2. Memberikan pengetahuan tentang kajian kesusasteraan Melayu dan hubungannya dengan disiplin-disiplin ilmu lain seperti bahasa, sosiologi, psikologi, filosofi, sejarah, agama, musik, pendidikan, dan sebagainya.
  3. Mengembangkan rasa sensiviti kemanusiaan melalui pembacaan/apresiasi karya sastera yang dikaji atau diteliti
  4. Meningkatkan kesesaran moral melalui permasalahan manusia yang diungkapkan atau diceritakan dalam karya.
  5. Mewujudkan seorang pemikir yang kritis terhadap kehidupan melalui penelitian dan analisis teks-teks karya sastera
  6. Menimbulkan atau mengembangkan potensi bakat kreativiti menjadi seorang penulis karya kreatif dan non-kreatif

 

Level 1000 - Foundation Year

AS-1201 Kesusasteraan Melayu Tradisional
AS-1203 Kesusasteraan Melayu Moden
AS-1301 Kesusasteraan Brunei Moden
AS-1302 Kesusasteraan Brunei Tradisional
AS-1402 Sastera dan Masyarakat
AS-1404 Sastera dan Media

 

Level 2000 - Establishment Year

AS-2201 Penulisan Kreatif & Deskriptif
AS-2202 Kaedah Penyelidikan Sastera
AS-2203 Pengurusan Sastera
AS-2204 Teori dan Kritikan Sastera
AS-2401 Sastera dan Pendidikan
AS-2402 Sastera Kanak-Kanak dan Remaja

 

Level 3000 - Discovery Year

AS-3301 Sastera & Falsafah
AS-3302 Teks Sastera Keagamaan
AS-3401 Sastera & Psikologi
AS-3402 Kajian Manuskrip Melayu
AS-3403 Sastera dan Alam Sekitar
AS-3404 Seni Persembahan Melayu

 

Level 4000 - Capstone Year

AS-4301 Latihan Ilmiah I
AS-4302 Latihan Ilmiah II
AS-4303 Kajian Antara Disiplin Sastera
AS-4304 Drama Melayu
AS-4305 Sastera Islam
AS-4306 Puisi Melayu
AS-4307 Estetik dalam Karya Sastera
AS-4308 Sastera Rakyat Melayu
AS-4209 Kesusasteraan Bandingan
AS-4310 Stilistik Sastera
AS-4311 Prosa Melayu
AS-4312 Kajian Budaya Sastera