Angin Utara dan Matahari

(The North Wind and the Sun)

Orthographic Version

Ketika Angin Utara dan Matahari sedang bertengkar mengenai siapa yang lebih kuat, datang seorang pengembara yang memakai jubah. Keduanya bersetuju bahawa siapa yang berjaya menyebabkan pengembara tersebut menanggalkan jubahnya akan dianggap lebih kuat. Lalu Angin Utara pun meniup sekuatnya, namun semakin kuat angin bertiup semakin rapat pula pengembara tersebut memeluk jubahnya sehingga akhirnya Angin Utara pun mengalah. Kemudian Matahari memancarkan sinarnya dan dengan segera pengembara tersebut menanggalkan jubahnya. Akhirnya Angin Utara terpaksa mengaku bahawa Matahari lebih kuat daripadanya.