Programmes

 

Majors

 

Breadth Module

Bahasa Melayu & Linguistik

Penyumbang Akademik

Degrees Offered

Programme Description

Program Bahasa Melayu dan Linguistik mempersiapkan pakar dalam bidang Bahasa Melayu dan Linguistik. Pakar dalam bidang ini perlu bagi tuntutan dan keperluan semasa. Kini Bahasa Melayu diperakui sebagai salah satu bahasa ilmiah di peringkat antarabangsa. Di Negara Brunei Darussalam, bahasa Melayu diperlembagakan sebagai bahasa rasmi negara yang bukan sahaja berfungsi sebagai bahasa perhubungan antara kaum malah menjadi identiti bangsa secara keseluruhannya. Usaha ke arah pembinaan dan pengembangan bahasa Melayu perlu diperjuangkan dan sentiasa diberi perhatian oleh semua pengkaji dan penutur bahasa Melayu.

Programme Highlights

Program Bahasa Melayu dan Linguistik berperanan mendidik mahasiswa/i untuk menjadi:
a) Pakar Bahasa Melayu yang mampu:
     i) menguasai bahasa Melayu dengan baik.
     ii) memahami dan dapat menjawab persoalan yang berkaitan dengan bahasa Melayu.
     iii) ikut serta membina dan mengembangkan bahasa Melayu

b) Pakar linguistik yang mampu:
     i) menguasai pelbagai disiplin linguistik,
     ii) menggunakan ilmu linguistik untuk memahami dan mengatasi masalah bahasa dalam masyarakat.

Program Bahasa Melayu dan Linguistik juga berperanan untuk:
a) Mendidik dan meningkatkan kemahiran berbahasa di kalangan mahasiswa dan mahasiswi.
b) Mengendalikan penyelidikan bahasa dan mengemukakan penemuan hasil penyelidikan kepada masyarakat demi perkembangan dan kemajuan ilmu bahasa.
c) Memberikan kerjasama dalam penyelidikan bahasa dan linguistik kepada mana-mana pusat pengajian tinggi dan institusi di dalam dan luar negara.

Careers

Single Major

In order to graduate with a Single Major in Bahasa Melayu & Linguistik, a student will need to have successfully completed a minimum of 72 Modular Credits within 4 to 6 years.

Please take note: The Bahasa Melayu & Linguistik Major recently went through some revisions. As such, all students enrolled from August 2021 onwards will be under the revised programme. Please use the tabs below to see the core and option modules for the relevant intake.