![]() |
|
Kelulusan
- B.A. Pendidikan (Hons), Universiti Brunei Darussalam – 2004
- M.A. Monash University; Melbourne, Australia – 2006
- PhD in Drama Education, Deakin University; Melbourne, Australia – 2023
Please click the tabs below for further details.
Pengalaman
Menjadi tutor di Program Kesusasteraan Melayu pada tahun 2004 dan sekarang memegang jawatan pensyarah pada tahun 2006 dengan bidang pengkhususan Drama dan Teater.
Memenangi ‘Hadiah Kreatif Bahana’ pada tahun 2005 dalam bidang cerpen.
Sering diundang menjadi hakim pertandingan drama seperti Pertandingan Drama Bahasa Melayu anjuran Ko-Kurikulum, Kementerian Pendidikan, Peraduan Bercerita Berkumpulan dan Mari Bercerita anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka.
Aktif dalam bidang pementasan dan sering dijemput membuat persembahan pentas untuk acara-acara kebesaran dan rasmi anjuran Kementerian Kebudayaan Belia dan Sukan, Dewan Bahasa dan Pustaka, Majlis Belia Brunei, ASTERAWANI, Biro Kawalan Narkotik, Radio Televisyen Brunei dan Jabatan Buruh.
Mewakili Brunei ke Filipina untuk ‘ASEAN Performance and Media Arts Workshop’ pada tahun 2007 bertindak selaku pengarah kreatif selama 2 minggu.
Terpilih sebagai peserta untuk mengikuti ‘Bengkel Penulisan Cerpen MASTERA’ di Bogor, Indonesia pada tahun2008.
Pernah menjadi pembimbing bengkel drama anjuran DBP iaitu ‘Seni Intensif Drama’.
Aktif dalam penulisan skrip drama pentas dan sering tersiar di majalah Bahana dan banyak yang sudah dipentaskan untuk kegiatan kelab RAKIS UBD sejak tahun 2000 hinggalah sekarang.
Selain drama, juga aktif menulis dalam bidang cerpen, sajak dan juga artikel yang menjurus kepada drama.
Bidang Pengkhususan
- Drama dan Teater Melayu
- Seni Persembahan
- Kesusasteraan Melayu Moden
- Penulisan Kreatif
Penerbitan dan Penyelidikan
Buku
Ena Herni Wasli. 2011. Kumpulan Drama Pentas ‘SIRIH.’ Brunei: Dewan Bahasa dan Pustaka. (PDF abstract)
Samuel L. Leiter (ed.). 2007. Encyclopaedia of Asian Theatre. USA: Greenwood Press (Outstanding Reference Journal by American Library Association)
Skrip Drama Pentas: ‘Hikayat Awang Kamaruddin’ (sedang dijalankan)
Kertas Kerja Seminar
Ena Herni Wasli. 2007. Seni Persembahan: Adakah ia seni? Kertas Kerja di Seminar Seminar Jabatan Kesusasteraan Melayu, Fakulti Sastera dan Sains Sosial, Universiti Brunei Darussalam
Ena Herni Wasli. 2007. Drama Brunei Sebagai Genre Sastera Jelajah Pemikiran Masyarakat Global. Kertas Kerja Pertemuan Sasterawan Brunei Kali Ke-4, Dewan Bahasa dan Pustaka, Brunei (PDF file)
Penyelidikan
- 2008. Women in Restoration theatre: Holding up a challenge or a mirror?
- 2008. Writing on Research Methods
- 2008. The ‘Unities’ in the context of Research Methods: Julius Caesar (PDF file)
- 2007. Where is the Chorus?
- 2006. Drama and Youth in Contemporary Brunei. (MA tesis, Monash University)
Esei
2011. Generasi muda kian minati seni teater: Kegiatan berteater di Universiti Brunei Darussalam (Satu Tinjauan Ringkas)
2009. Bimbingan Menulis Skrip Drama Pentas.
2008. Hikayat Amir Hamzah: Sebuah Epik Islam (PDF file)
2008. Unsur Keindahan pada Hikayat Inderaputera (PDF file)
2008. Analisis Cerita Jenaka Melayu.
2008. Analisis Skrip Drama ‘Tamu-Tamu’
2008. Perbandingan Dua Buah Sajak: Brunei dan Malaysia.
2008. Kritikan Novel ‘Fantasi Musim Cinta’
Karya Kreatif
2010. Naskah Drama ‘Mahsuri’ dlm. Bahana
2009. Skrip Drama Puteri Laila Menchanai dlm. Bahana
2008. Skrip Drama ‘Sirih’ dlm. Bahana. April-Mei.
2007. Kumpulan Sajak Penulis dlm. Bahana
Sukan
Badminton dan Squash
Ahli
- Ahli Jawatankuasa Mata Pelajaran dan Buku-buku Kesusasteraan Melayu Peringkat Menengah (2012-2014)
- Majlis Belia Brunei (MBB)
- ASTERAWANI
Penglibatan
- Hakim ‘Pertandingan Drama Bahasa Melayu’ anjuran Kementerian Pendidikan, 2009-2010
- Hakim ‘Mari Bercerita’ anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka, Brunei 2007-2008
- Pengurus Pentas. Persembahan Kebudayaan Riau, Indonesia, 2010
- Penolong Pengarah Pentas untuk Hari Kerjaya 2010, Drama ‘Borang,’ 2010
- Pengarah kerjasama dengan Biro Kawalan Narkotik, Sketsa Dadah, 2010
- Pengarah. Perkampungan Sastera, 2009
- Penolong Pengarah Pentas. Sketsa Padi Laila sempena Hari Pembukaan Padi Laila anjuran Jabatan Pertanian, 2009
- Pengarah. Drama Tukang sempena ‘UBD Public Outreach Programme’, 2008
- Penolong Pengarah. ‘Street theatre’ sempena ‘Hari Dadah Sedunia’ anjuran Biro Kawalan Narkotik, 2008
- Penolong Pengarah. Teater TV kerjasama dengan Radio Televisyen Brunei sempena Hari Keputeraan Kebawah Duli dan Awal Tahun Hijrah, 2007